Permohonan Taman Permainan Kanak-Kanak
Monday, November 30th, 200930hb November 2009
Ruj.Kami : PPTSAH/MPAJ/11/0012
TIMBALAN YANG DI PERTUA
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA, PANDAN INDAH DENGAN TANGAN
SELANGOR DARUL EHSAN
55100 KUALA LUMPUR
U/P: TUAN ABDUL HAMID B. HUSSAIN
Yang Berbahagia Tuan,
PERMOHONAN UNTUK PERUNTUKAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK DI TAMAN SRI ANGSANA HILIR, KAMPONG PANDAN DALAM
TAPAK PERMOHONAN : KAWASAN LAPANG DI TAMAN SRI ANGSANA HILIR
Dengan segala hormatnya pertemuan dan dialog antara AJK-AJK PPTSAH dan Yang Berbahagia Tuan dan Ahli Majlis Zon 16, Tuan Haji Meor Rithuan bin Mohamed Said pada 6hb Ogos 2009 dengan ini adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pada pertemuan tersebut, kami ada menyuarakan hasrat kami untuk memagarkan kawasan lapang tersebut dengan kos di tanggung oleh penduduk-penduduk taman dan memohon kepada MPAJ untuk diadakan satu kawasan taman permainan mini untuk kanak-kanak di kawasan lapang tersebut.
Maklum balas Yang Berbahagia Tuan pada masa itu adalah bahawa MPAJ sedia untuk mempertimbangkan permohonon tersebut. Justeru itu, kami dengan amat berbesar hati memohon Permohonan untuk Peruntukan Taman Permainan Kanak-kanak di Taman Sri Angsana Hilir bertempat di kawasan lapang di Taman Sri Angsana Hilir. Rasional permohonan kami adalah berdasarkan fakta berikut :-
Taman Sri Angsana Hilir adalah sebuah taman yang telah di bina lebih dari 15 tahun. Selama ini, sehingga ke hari ini, tidak ada lokasi atau pembinaan kawasan permainan kanak-kanak di bina untuk kemudahan rekreasi penghuni-penghuni taman dan kawasan persekitarannya.
Penghuni-penghuni terutamanya kanak-kanak penduduk Taman Sri Angana Hilir dan kawasan sekitarnya terdedah kepada bahaya kemalangan jalan raya dan kemalangan diri kerana selama ini penduduk-penduduk menjalankan aktiviti riadah di atas jalan raya dan kaki lima di hadapan rumah mereka.
Kami difahamkan bahawa tapak lokasi taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Angsana Hilir, di kawasan lapang bersebelahan kawasan deretan kedai (kawasan komersil) telah ditukar status kepada kawasan komersil dan kini di miliki persendirian. Pada pandangan kami, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana kepentingan awam tidak di nilai secara terperinci dan sesungguhnya penduduk-penduduk taman dan kawasan persekitarannya menghadapi masalah kemudahan awam yakni tiada kawasan taman permainan kanak-kanak dan riadah.
Justeru itu, berdasarkan justifikasi kami di atas, kami memohon jasa baik Yang Berbahagia Tuan agar dapat mempertimbangkan peruntukan untuk mengadakan satu kawasan permainan kanak-kanak berlokasi di kawasan lapang tersebut.
Sukacita dimaklumkan juga, demi keselamatan penduduk-penduduk taman dan kawasan persekitarannya juga, Persatuan Penduduk bersetuju untuk menanggung kos pagar keselamatan (Security Railing) di sekitar kawasan lapang untuk menghindar kanak-kanak bermain dijalan raya utama di sekitarnya.
Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami agar pihak Yang Berbahagia Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami untuk mendapatkan peruntukan taman permainan kanak-kanak di kawasan lapang tersebut. Jika Yang Berbahagia Tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 012- 699 0978.
Segala kerjasama Yang Berbahagia Tuan amat kami hargai dan sanjungi.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
b/p PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SRI ANGSANA HILIR

